Followers

Thursday, March 31, 2011

presiden loji nuklear masuk hospital ~

LOJI Fukushima Dai-ichi di Okumamachi, Fukushima musnah teruk akibat tsunami 11 Mac lalu.


TOKYO: Bacaan tahap radiasi dalam air laut berhampiran loji nuklear Jepun yang rosak akibat gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu, mencatatkan paras tertinggi semalam ketika presiden syarikat pengendali loji itu dimasukkan ke hospital.

Presiden Tokyo Electric Power Co (TEPCO), Masataka Shimizu, tidak kelihatan hampir dua minggu selepas muncul dalam satu sidang media di sini, dua hari selepas gempa bumi yang merosakkan sistem penyejukan loji Fukushima Dai-ichi dan menyebabkan kebocoran radiasi.

Shimizu, 66, dibawa ke sebuah hospital di sini, kelmarin selepas mengadu pening dan mengalami tekanan darah tinggi, kata jurucakap TEPCO, Naoki Tsunoda. 

Sebelum ini terdapat banyak spekulasi berhubung kesihatan Shimizu sejak beliau menghilangkan diri dari pandangan umum, dengan Naib Presiden syarikat Sakae Muto muncul menggantikannya dalam taklimat berita. 

Pihak berkuasa TEPCO sebelum ini tidak banyak menjawab soalan berhubung kesihatan Shimizu, hanya menyatakan beliau sedang ‘berehat’ di ibu pejabat syarikat. 

Ia adalah krisis terbaru yang menimpa TEPCO yang masih bertungkus lumus menstabilkan loji jana kuasa yang terlebih panas dan membendung radiasi menyusup dari kompleks loji ke laut dan tanah berhampiran. 
Gempa dengan magnitud 9.0 menghasilkan tsunami yang memutuskan bekalan elektrik dan sistem sokongan penting untuk memastikan suhu turun di dalam loji reaktor. 
Penduduk dalam lingkungan 20 kilometer dari loji dipindahkan dua minggu lalu, sementara mereka yang tinggal 30 kilometer digesa berpindah secara sukarela sejak beberapa hari lalu. 

Paras radiasi meningkat di sekitar loji, sayuran, susu mentah dan air. 
Minggu lalu, air paip sejauh Tokyo ini terletak 220 kilometer ke selatan dikesan mengandungi paras iodin-131 penyebab kanser dianggap tidak selamat untuk bayi. 

Semalam, pegawai keselamatan nuklear berkata air laut di luar loji didapati mengandungi 3,335 kali paras biasa iodin radioaktif iaitu kadar tertinggi setakat ini dan ia satu tanda bahawa lebih banyak air tercemar memasuki laut. 

Jumlah iodin-131 ditemui di tepi pantai 300 meter selatan loji itu tidak memberi satu ancaman segera kesihatan manusia namun ia satu ‘kebimbangan’, kata pegawai Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri, Hidehiko Nishiyama, semalam. 
Katanya kegiatan menangkap ikan tidak berlaku di kawasan itu. 

“Kami akan menamatkan punca dan melakukan sedaya upaya untuk menghalangnya daripada terus meningkat,” katanya. 

Nishiyama sebelum ini mengakui sesetengah air tercemar dari loji itu menyusup ke dalam laut, namun tidak jelas bahagian loji mana yang bocor. 

Plutonium yang amat toksik turut ditemui menyusup ke dalam tanah di luar loji, kata TEPCO. 

Pegawai keselamatan berkata, jumlah itu tidak memberi risiko kepada manusia, namun beberapa penemuan menyokong perasaan curiga bahawa air radioaktif berbahaya bocor dari rod bahan apii nuklear yang rosak.

terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Friday, March 25, 2011

perokok??!! Hmm,jauh2 la dgn kluarga aku,.^^

helo readers,..
wht about tajuk kat ats tue..?!hmm,.its nothin actually,.
ROKOK??
kpd org2 yg telahh mnjadi perokok tegar,.sgt2 ssh untuk jauh dr ROKOK nie kn..:))

last day,.sy nek bas mau pg kk nie,.huhu,.pjlnan mgmbil masa 1 jam lebih g2,..huhu,..pnumpang trdiri dr plbagai bangsa,.rupa dan umur..(berabis ne) hahaha,.
so,.tiba d tmpt prsinggahan,.suma pnumpang trun g buang air.^^ ..mghirup udara segar d kimanis,.yg sejuk2,.:)) n ad jga yg mghilang kn rasa lenguh d punggung,pa tdak,.duk mmnjang je,.
ahahha,..sy xtrun dr bas,..juz sitting inside,.watchin people outside,.hehhe,.

hmm,.trun seja pnumpang2 tue,..msing2 la mgeluarkn sesuatu yg tlah mnjadi sahabat karib sehidup semati mereka,.:))
ap lg,.sekotak rokok,.!
hmm,.sgt terkesima seketika,.bkan ap,..heran sgt2!


terdetik d hati sy,.jauh2 la ROKOK drpdg fmily sy,.huu,.:)

ROKOK MERBAHAYA,.ORG YG BELAJAR SAINS,.TP MEROKOK JUGA,..MMG SAH,.1/2 TIANG..:)
terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Thursday, March 24, 2011

Bersyukur :)

as-salam to all readers,.huuh,.

berkaitan dgn tajuk entrt kat ats,..huhu,..BERSYUKUR,..
result SPM bru je kluar,..hehheso,..spt yg entry2 sblum nie,..sgt2 la inginkn result yg flying colors g2,.kn..:)

but,..rezeki xda pla kali nie,.xpala...im just thnkfull to GOD,.for giving me such an amzing result actually for me,.^^
im proud wit myself,..huhu,..i got 7A 2B ,.with my lguange all got A+,..hehhe,im really hepy wit dat..^^


so,.now,.sdg sibuk pla dgn apply2 biasiswa nie,.huhu..try sejaa smua,.mnatau ad yg sangkut,!hehhe,,
today im very hepy too,.xtau la napa,.ahahaha..:))

lastly,.SORY TO MY FREN YG SDG MNUGGU SY TRUN KK,.hehhe,.
sory geng,.xdpt join kmu nie,.
tau jgak kn,.nvm la,.still hving another tym,.insyaallah,.:)


adiiooss..:))
terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Sunday, March 20, 2011

malasnyaaa~~~

as-salam to all readers,.huhu,..
pa kes ngan tjuk kat ats tue..~
huhu..nie brkaitan dgn post kat blog la,.hehehe,.bkn ap,.cma ad mlas skit nak updte,.huhu,..bz tgok korean drama,.hehehhe,..but,..mlm nie ku gagahkn jua tgn nie mnari2 kat lptop nie,.^^

td sy tlh mndpt msej dr sum1,..tut,.tut,.tut,..tgok2 xknal pla number,.so,.tnya2 ngan member,.rupnya my tutor driving,.huhu,..selasa,.ad driving lg,.!:)
yeah,.i guess tomorrow,.nvm,.my nervous will come over my head oredy,.~



WEDNESDAY is da day,.^^
cool bebeh,~!!

sdg2 mndgr konsert mentor yg secara LIVE kat tv skg,.huhu,.mlas nak tgok,.im waitin for da tirai AF ,.n maharaja lawak nnt je,.^^

heheh..okay,.im gonna out now,.
hihii,..
terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Saturday, March 19, 2011

Rollin' rollin' rollin' with lights! Bring ur friends for roller disco at #TheWheels for only RM15! Only at #MilkADeal

Rollin' rollin' rollin' with lights! Bring ur friends for roller disco at #TheWheels for only RM15! Only at #MilkADeal
terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Penduduk AS, China panik

penduduk china berebut membeli garam di LANZHOU CHINA


Beli pil iodin, garam kerana percaya dapat elak kena radiasi

LOS ANGELES: Penduduk Amerika Syarikat (AS) dan China yang panik dengan kemungkinan radiasi akibat kebocoran loji nuklear di Jepun sampai ke negara berkenaan bertindak membeli pil iodin, garam dan tempat perlindungan bagi haiwan kesayangan yang mempunyai penapis gas.

Khabar angin mengenai penyebaran radiasi turut menyebabkan farmasi dan kedai ubat di Russia, Timur Jauh dan British Columbia, Kanada kehabisan pil iodin walaupun pegawai kesihatan menegaskan potasium iodin bukan anti radiasi.

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut meminta supaya masyarakat antarabangsa bertenang.

“Rujuk dulu pada doktor anda sebelum telan pil iodin. Jangan sesekali cuba makan pil tanpa saranan doktor,” tulis WHO dalam Twitter sebelum ini.

Tetapi, kenyataan itu tidak mampu menahan penjualan 14 pil pottasium iodin daripada pembida di lelongan eBay dan ia mencecah AS$540 (RM1,647). 

Warga Amerika cuba melindungi diri daripada bahan radiasi dengan menggunakan topeng gas dan pil anti radiasi selepas Pakar Bedah Umum Amerika, Regina Benjamin memberi amaran supaya rakyat bersedia dengan radiasi merbahaya itu.

Malah, ada penduduk yang membeli tempat perlindungan haiwan kesayangan yang mempunyai penapis gas. 
Terbaru, Presiden Amerika. Barack Obama tidak menjangka tahap radiasi merbahaya akan sampai ke negara itu meskipun ada kebimbangan mengenainya selepas penumpang pesawat di Los Angeles diimbas untuk radiasi seperti juga di Chicago dan Dallas.

Berita itu tersebar sebaik Jabatan Negara berkata pesawat pertama memindahkan warga Amerika dari Jepun selepas gempa bumi dan tsunami turut mencetuskan krisis loji nuklear.

Setiausaha Rendah Amerika, Patrick Kennedy memberitahu sidang akhbar pesawat yang membawa kurang 100 penumpang adalah keluarga pegawai Amerika dari Tokyo dan mereka akan dihantar ke Taipei, Taiwan.

Di Beijing pula, orang ramai menyerbu kedai di Beijing, Shanghai dan beberapa kawasan lagi untuk membeli garam yang dikatakan boleh digunakan untuk melindungi daripada pendedahan radiasi walaupun radiasi akibat kemusnahan loji nuklear itu tidak mungkin sampai ke negara itu.

Pembelian panik itu akibat khabar angin yang mengatakan garam iodin boleh menghilangkan keracunan radiasi, maklumat palsu yang disebarkan selepas berita kebocoran loji berkenaan.

Khabar angin juga semakin bertiup. Ada mesej sistem pesanan ringkas (SMS) menambah rasa panik apabila menyebarkan berita debu nuklear dari Jepun akan ke seluruh Asia.

Malah, khabar angin tersebar mengatakan radiasi yang bocor itu masuk ke laut dari loji nuklear Fukushima di Jepun, justeru garam yang diambil dari laut, bukan sumber utama garam di China, mungkin tercemar.


terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Friday, March 18, 2011

cerita dalam 1~

as-salam to all readers,.
so long,.no update.:)
hihi,,juz being bz with all the chores,.:)

today,.im goin to drivin for complete my 8 hours,..huhu,.not too bad ,as i thought..^^
hmm,.i like the tutor who tutoring me how to drive,.not drift,.hehhehe..:)
i was very lucky coz,i was taught how to park very well,..how to adjust the fuel cars..etc..:)
thanx to him,.!


next,..my heart is beating slowly,.then fastly,..!!
why??!!
fyi,.im gonna take my result on 23 march ,.
wht result,.?SPM maa,.:))

huhu,.hope soooooo i get the best result for me as a SBPians..:))
still counting from now,..doesn`t show my nervous too much,,hhhahahha..:))

okayy,.thats all for toonyte.,.^^

addiooss.!!
terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Thursday, March 17, 2011

Bom diletak dalam buku meletup

4 cedera ledakan sasar cendekiawan Islam 



JAKARTA: Sekurang-kurangnya empat orang cedera, termasuk seorang anggota polis yang tangannya berkecai, dalam kejadian letupan 'bom buku' di ibu negara Indonesia semalam, kata polis.

Jurucakap polis Indonesia Boy Rafli Amar, berkata, dalam kejadian pertama kira-kira jam 4.45 petang waktu tempatan, sebutir bom disembunyikan di dalam sebuah buku tebal yang ditebuk di bahagian dalam, meletup ketika polis cuba mematikannya.

Beliau berkata, bungkusan berisi bom buku itu dialamatkan kepada Ulil Abshar Abdalla, bekas Pengarah Rangkaian Islam Liberal (JIL), sebuah kumpulan cendekiawan Islam berpendirian sederhana di Jakarta Timur. 

Ulil terkenal sebagai tokoh Islam Indonesia yang menolak sikap atau pandangan melampau dan menggalakkan toleransi agama. 

Bungkusan dihantar bersama sepucuk surat ugutan menggesa Ulil menulis kata alu-aluan bagi sebuah buku berjudul ‘Mereka Yang Wajar Mati Kerana Dosa Terhadap Islam dan Muslim. 

“Kami dihubungi pertubuhan itu dan selepas membuat pemeriksaan, kami terhidu bau yang kuat. Kami mengesyaki ia mengandungi bom. Anggota polis cuba mematikannya apabila ia tiba-tiba meletup,” katanya. 
Beliau berkata, polis menemui dua bungkusan berisi bom serupa petang semalam di bahagian lain Jakarta. 

Satu daripada bungkusan bom itu dialamatkan ke pejabat agensi narkotik kebangsaan diketuai Brigadier Jeneral Goris Mere, bekas pegawai kanan polis anti keganasan, manakala sebutir lagi dihantar ke rumah pengerusi pertubuhan belia Pemuda Pancasila. 

“Sebutir bom lain ditemui sebelum tengah malam di Jakarta Selatan, tetapi tiada letupan berlaku. Kami masih menyiasat motif di sebalik insiden ini,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Anti-Keganasan Kebangsaan Arsyaad Mbai, mendakwa kejadian itu didalangi kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang bergiat secara aktif melancarkan serangan bom di negara itu. 


terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Ashley mahu isteri kembali,.~

asley cole dan cheryl

LONDON: Pemain bola sepak Chelsea, Ashley Cole dilapor membelanjakan berjuta-juta pound sterling untuk membeli sebuah rumah di Dubai untuk dihadiahkan kepada bekas isterinya, Cheryl (gambar kecil) dalam usaha memenangi semula hati wanita itu agar bersedia rujuk semula kepadanya.
Ashley bergelar duda tahun lalu apabila Cheryl yang terkenal dengan lagu bersama kumpulan Girls Aloud menceraikannya selepas mendapat tahu pemain bintang bola sepak itu berlaku curang.
Bagaimanapun, akhbar The Sun melaporkan, Cole memberitahu rakannya dia yakin mereka akan rujuk semula dan berharap memenangi hati Cheryl dengan memberi hadiah sebuah rumah mewah berharga berjuta-juta pound sterling yang dibelinya di Dubai.

“Cheryl sukakan Dubai dan saya membuat pelaburan besar untuk memenangi semula hatinya. Kami sebenarnya masih menyintai satu sama lain dan kami akan bersatu kembali,” katanya yang dipetik akhbar itu.

Cole berkata, dia juga membeli sebuah rumah baru di Ascot Berks dan sudah bertemu Cheryl beberapa kali sejak kebelakangan ini.

Rakan rapatnya berkata, Ashley benar-benar yakin, perceraiannya dengan Cheryl hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali bersama. 
Ashley juga yakin apabila dia bersara dari bola sepak dia akan dapat menjalani hidup bersama dengan Cheryl semula.

“Satu-satunya punca mereka perpisahan mereka ialah hakikat bahawa Cheryl tidak boleh berdiam diri selepas mendapat tahu kecurangan Ashley. Dia perlu lakukan sesuatu dan tindakan paling wajar ketika itu ialah dengan menceraikan suaminya,” kata seorang rakan. 

Sementara itu, Cheryl pula dilaporkan tertekan kerana ketika ini kedudukannya sebagai juri rancangan US, X-Factor masih tidak dapat dipastikan.

Laman web selebriti, Entertainment.STV melaporkan, Cheryl berkurung di bilik hotelnya dan menghabiskan masa dengan memakan makanan rapu bagi mengatasi kesunyiannya.

Sumber melaporkan, Cheryl yang kini berada di Los Angeles rindukan merindui keluarganya dan sering menelefon mereka.


terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Gegaran baru landa timur laut Jepun

TOKYO: Gegaran baru berukuran 6.4 skala Richter melanda timur laut Jepun awal semalam, menyusuli dua gempa susulan kelmarin menyebabkan bangunan di ibu negara berhayun ketika mangsa gempa bumi terburuk negara Matahari Terbit itu menghadapi kekurangan makanan, air dan ubat.


askar jepun mencari mayat yang terselindung di balik salji




Gegaran susulan itu dilaporkan berpusat di pantai Honshu pada jam 1 pagi waktu tempatan, 95 kilometer dari Tokyo. Dua gegaran kelmarin berukuran 6 dan 6.2 skala Richter.


Pihak berkuasa Jepun dan masyarakat antarabangsa terus memberi bantuan kepada mangsa di zon bencana selepas gempa pada Jumaat lalu mengorbankan 3,373 orang manakala 6,746 lagi belum diketahui di mana mereka berada.

Seramai 530,000 orang tinggal di lebih 2,600 tempat perlindungan sementara di kawasan bencana. Selain kekurangan makanan dan air, bekalan perubatan dan bahan api juga sukar didapati.

Ia menyebabkan kerajaan Jepun meningkatkan usaha membantu mangsa dengan menghantar bantuan.

Bank Pusat Jepun memasukkan 3.5 trilion yen (RM130 bilion) ke dalam sistem kewangan bagi menenangkan bursa saham. 
Jurucakap Kementerian Luar China, Jiang Yu, berkata Beijing akan terus memberi bantuan sewajarnya kepada Jepun mengikut keperluannya.

Selain itu, beberapa negara anggota Asean juga menawarkan bantuan kepada Jepun, menurut kenyataan sektretariatnya.

Bantuan diberi dalam pelbagai bentuk termasuk wang tunai, ubat, makanan dan usaha menyelamat.

Kemboja memberi AS$100,000 (RM300,000) bagi mangsa manakala Indonesia menghantar pasukan 64 anggota ke ke Jepun.

Laos turut memberi bantuan kecemasan bernilai AS$100,000 selain bersetuju mengumpul lebih banyak derma dan sedia menghantar anggota penyelamat.
Filipina bersedia menghantar kontinjen mencari dan menyelamat manakala Singapura menyunmbang S$500,000 (RM1.2 juta). 

Thailand juga berjanji memberi 15,000 tan beras dan bantuan bernilai lebih AS$6.5 juta (RM19.5 juta) manakala Vietnam menyumbang bantuan bernilai AS$200,000 (RM600,000).

Kerajaan Cuba pula menawarkan untuk menghantar pasukan perubatan dan penyelamat ke Jepun. – Agensi 


terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Ancaman Radiasi Meningkat.!

Reaktor nuklear semakin panas, 140,000 penduduk tak boleh keluar rumah

TOKYO: Jepun belum dapat menyelesaikan masalah loji nuklearnya di Fukushima selepas pekerja diarahkan meninggalkan seketika tempat itu semalam kerana tahap radiasi meningkat.

Pihak berkuasa berkata, tahap radiasi di ibu negara itu 10 kali tinggi daripada normal tetapi tidak membahayakan kesihatan manusia di bandar yang mempunyai 13 juta penduduk.

Pencemaran radiasi dilaporkan melanda Tokyo sejak 24 jam lalu meskipun pada tahap rendah dan kebakaran di loji nuklear berkenaan awal daripada itu meningkatkan lagi kebimbangan, lapor agensi berita Kyodo.

Pakar nuklear dan ahli akademik berkata, penyelesaian sedang dicari untuk mengawal kebocoran radiasi di loji Daiichi, wilayah Fukushima bagi mengelakkannya menjadi bencana nuklear paling teruk dalam sejarah. 

“Ini adalah mimpi buruk yang berlaku perlahan-lahan,” kata pakar penyelidik di Pusat Pengajian Antarabangsa, Institut Teknologi Massachusetts, Dr Thomas Neff.

Pekerja loji itu cuba membina laluan bagi membolehkan jentera bomba masuk ke rektor nombor 4 yang terbakar. Stesen televisyen NHK menunjukkan asap atau wap kelihatan naik di kemudahan itu kira-kira jam 1 tengah hari (waktu tempatan). 
Bimbang dengan krisis yang dihadapi pekerja loji yang bekerja termasuk keletihan selepas bekerja berhari-hari sejak gempa bumi melanda, pihak berkuasa mengarahkan 750 pekerja untuk pulang dan hanya tinggal 50.





Mereka yang tinggal diarahkan keluar sejam selepas itu kerana tahap radiasi terlalu tinggi tetapi kemudian dibenarkan kembali, kata pegawai rasmi.

Pihak berkuasa menghabiskan beberapa hari terdesak untuk mengelakkan air yang digunakan untuk menyejukkan radioaktif daripada mendidih yang boleh menyebabkan kepanasan dan membebaskan bahan radiasi berbahaya di atmosfera.

Tahap 400 millisievert sejam direkodkan berdekatan rektor nombor 4, kata kerajaan. Pendedahan kepada lebih 100 millisieverts setahun boleh membawa kepada kanser, kata Persatuan Nuklear Dunia.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan meminta 140,000 penduduk yang tinggal dalam lingkungan 30 kilometer dari loji itu supaya tidak keluar rumah.
Jepun bimbang kebocoran serius bermakna ia akan sama dengan insiden nuklear paling teruk sejak Chernobyl di Ukraine pada 1986. 

Sejak gempa bumi dan tsunami melanda Jumaat lalu, empat letupan berlaku di loji nuklear yang rosak itu, terbaru letupan di reaktor nombor 2 dan 4.

Angka kematian rasmi kerana gempa dan tsunami mencecah 4,000 manakala lebih 7,000 lagi senaraikan sebagai hilang.

Salji menjejaskan lagi keadaan ribuan mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa dan tsunami kerana terpaksa bermalam dengan kesejukan akibat bekalan elektrik terputus.

Kebimbangan terus menyelubungi kerana radiasi dikhuatiri sampai kepada penduduk di barat laut Amerika Syarikat dan Kanada.

Pihak berkuasa memberi amaran orang ramai yang terdedah kepada radiasi supaya mengambil pottasium iodin bagi melindungi daripada kanser.

Radiasi nuklear menjadi isu sensitif bagi Jepun selepas kejadian paling teruk melanda negara itu ketika pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima pada 1945.

bersyukurlah kita rakyat malaysia kerana xda mmpunyai loji nuklear.~

terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Mufti Selangor Larang Pengedaran Kitab Injil Guna Kalimah Allah

SHAH ALAM 17 MAC : Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid mengesahkan 5,000 naskah Kitab Injil berbahasa Melayu dilarang pengedaran di negeri itu kerana ia tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor bersabit penggunaan kalimah Allah didalam Kitab Suci Kristian itu.
Tamyes sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz bahawa tindakan kerajaan memansuhkan penahanan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu tidak sah di sisi Undang-Undang Syariah di Selangor.
Mufti Selangor itu berkata kebimbangan utama pihaknya terhadap arahan kerajaan pusat menarik balik penahanan itu adalah kesannya ke atas generasi muda umat Islam.
“Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran Kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya,” katanya.
Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai Undang-Undang Syariah yang menghalang penggunaan kalimah “Allah” sama ada secara lisan ataupun bertulis.
Selain 5,000 naskah di Pelabuhan Kelang, penahanan 30,000 naskah Kitab Injil yang sama di Kuching turut di tarik balik, mengikut pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala petang semalam.
Kenyataan Nazri dan Tamyes bersabit pengedaran Kitab Injil itu dijangka menambah kemelut susulan kenyataan-kenyataan yang bercanggah oleh Kementerian Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersabit isu itu.
Tamyes sendiri melahirkan rasa kesal kerana tidak ada penyelarasan dalam menangani isu Kitab-Kitab Injil berbahasa Melayu itu yang diimport dari Indonesia.
“Sepatutnya kita ni kalau nak buat keputusan biarlah ada persepakatan, kenapa pula seorang mengatakan boleh seorang mengatakan tidak,” kata beliau.
Ahad lalu, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya menunggu keputusan Peguam Negara sama ada penahanan 35,000 Kitab Injil di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang boleh ditarik balik.
Menurut Hishamuddin, keputusan itu berkait dengan kes penggunaan kalimah Allah yang masih belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan yang berlarutan sejak 2010.
Namun , Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan isu itu akan dibincangkan di mesyuarat mingguan Kabinet Jumaat ini. Beliau menegaskan Jemaah Menteri harus berbincang isu itu sebelum sebarang keputusan dibuat.
Ironinya, sebelah petang hari sama Idris Jala mengumumkan kesemua 35,000 naskah yang ditahan di Pelabuhan Kelang (sejak 2009) dan Pelabuhan Kuching (sejak Januari 2011) akan dibenarkan masuk ke negara ini.
Bagaimanapun KDN meletakkan dua syarat iaitu setiap naskah Kitab suci itu harus mempunyai nombor bersiri dan cop “Hanya Untuk Penganut Kristian” sebelum dibenarkan pengedaran.
Syarat itu ditolak oleh pihak gereja di Sarawak yang melihatnya sebagai satu penghinaan terhadap kesucian agama Kristian dan kekangan terhadap kerja-kerja dakwah yang dijalankan oleh gerakan mubaligh.

terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Kepulauan Vanuatu dilanda GEMPA BUMI,.~

KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Vanuatu kira-kira 10.48 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. 

Gempa berlaku 5,946 kilometer tenggara Kunak, Sabah.
Gempa tidak mendatangkan tsunami kepada Malaysia,.

BERSYUKUR LA KITA..~

terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

nak dapat nie $$$,..senang je..!!

as-salam semua readers aku,.^^

huhuhu,.

tgok tajuk kat ats tue ,.mcm sng pula,..huhu,.amcm tue arr,.
ok,.skg sy akn beritahu la,..mm,.dpt ni pun dr member blog,..huhu,.so,.ap kata kita sling sharing kn,.^^
sharing sumtymes is boring,.but always caring,.hee~


ok,.sapa nmpak gmbr kat ats nie,..??
hmm,.nie la yg sy nak ceta ni,..:))

ipanelonline,.:) sng je nk dpt duit kat sni,..cuma kita perlu jujur mnjwab sgala survei yg diberi,..:)
jujur tau,.!  ok,.direct to the point,.:~

MEGENAI MEREKA,..

 "Kami adalah sebuah platform pembeli yang profesional,iPanel Online Market Research Co., Ltd. Melalui platform kami, anda boleh mengongsikan komen dan cadangan anda terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan. Pandangan anda akan membantu kami meningkatkan kualiti sesuatu produk dan perkhidmatan. Penyertaan anda akan mempengaruhi sesuatu produk dan perkhidmatan seharian kita dengan secara langsung dan akan dapat memperbaiki kualiti kehidupan kita. Anda boleh mengongsikan pandangan anda melalui penyertaan dalam kaji selidik. Jika anda menyertai kaji selidik yang disediakan, anda akan mendapat mata ganjaran selepas melengkapkan soalan kaji selidik. Apabila anda mendapat mata ganjaran yang cukup, anda boleh menebus wang tunai atau hadiah dengan mata yang dikumpul.Sekiranya anda menjadi ahli kami, anda tidak perlu risau tentang keselamatan maklumat keperibadian anda. Sebagai seorang ahli ESOMAR, kami akan menjaga maklumat keperibadian ahli kami. Maklumat anda akan dilindungi oleh sistem kami dan tidak akan diketahui oleh pihak ketiga." [More]

so,.kumpul mata bnyak2,..ble tebus dengan wang tunai,..atau hadiah,.heheh,.:)
sng kn,.xpyh mnta org klik2 ,..

ok,.kalo nak join,..


terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Tuesday, March 15, 2011

Tomok will serenade your love interest Cornetto style. Find out on Facebook and express your #CornettoLove today.

Tomok will serenade your love interest Cornetto style. Find out on Facebook and express your #CornettoLove today.
terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

"Saya mahukAn GELARAN DUNIA"




Chong Wei dedah rahsia benam Lin Dan

SEJURUS selepas menumbangkan musuh tradisi, Lin Dan dalam final kejuaraan Seluruh England, Lee Chong Wei sudah mula menunjukkan sifat ghairah.
“Saya mahu memburu gelaran kejuaraan dunia pula di Wembley, Ogos ini,” katanya yang akhirnya berjaya menewaskan lawan liat itu di ‘pentas besar badminton’ selepas menggigit jari di final Sukan Olimpik 2008 dan Sukan Asia 2010.


Ia harus ditakrif persembahan terbaik daripada pemain nombor satu dunia itu yang menggunakan strategi baik ala menyerang menewaskan juara dunia dan Olimpik itu dalam perlawanan akhir edisi ke-101 yang rancak di Arena Tertutup Birmingham, awal pagi, semalam.

“Ia saat paling manis bagi saya,” kata Chong Wei. “Saya main dengan fikiran untuk bertindak secara selamat dan mahu cari mata saja.”

Jaguh negara juga berkata menerima panggilan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas perlawanan untuk mengucapkan tahniah. “Dia kata kepada saya, bagus,” kata Chong Wei.

Dalam final itu pemain berusia 28 tahun dari Pulau Pinang itu menewaskan Lin Dan 21-17 21-17 untuk gah mempertahankan mahkota kejuaraan buat kali kedua berturut-turut. 



terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN


As-SAlam,.

hey2,.first tym nie,..sy join blogger bro ben ashaari,.:))
hahahha,...
try je,..

jom,..tgok solan2 bro ben,.:~

CERITA LATAR BELAKANG ANDA ~

ok,.ceritera bermula cam nie,.hehhe,..nama sy SHAZREEN SAZNY MA BINTI IBRAHIM,.hmm,.nmpk nama mcm pelikk kn,.ahahha...yela,..ad MA pula tu,..mm,.actually,.sy ad darah kcukan cina,.^^
heheh,..so,.muka pun ad2 la iras cina,.kalo org perasan la,.hikhik,..^^
sng2 pgil je sazny..:)
sy nie anak jati SABAH,.hehhe,..dah adA banner kat sblah nie kn,..blogger SABAHAN ,..:)

sejak dr lahir lg tgal kat sabah,..Yg lbih tepat lg,..anak KENINGAU,.ehheh,.pnh dgr tak nama tue wahai bro ben..????
kalo x,..sila GOOGLE,.:))

umo skg dah nek 18,.huhuh,.tgu result SPM lg nie,..yg djgka 23 march nie akn kuar,.huhu,.skg dlm ketakutan pn ada jgak,.:(
rasanya tue jak la,.sdikit latr blkg sy,.hehhe,.

PROFESIAN ANDA SEKARANG,.~

huh,.mcm kna temuramah plak nie,.hhahah,.sy skg kiranya seorang pembantu rumah,.hahahha,..yg xda brgaji,.hiih,..ikut hati nak buat ap kat umah,..di samping tue,.mmbntu sgla yg perlu,..
lagi stu,..im a cooker at my home,..kira brjaya la nie kn,.ahahha,..:))
boleh dibanggakn,.kerana bagi makan org kat umah,.hehhehe,..

BLOG FAV ANDA ~

huhu,..blog fvret lagi tue,..ok la,.jujur dikatakan,.blog bro ben nie,..:))
sgt mmbntu para blogger d mlysia n luar jugak,.~
blog kawan2,..yg bnyak cerita pasal hidup sharian mereka,..:))
blog gupren khairul fahmi,.hihii..Elia : Short & Sweet,..besh,.pnuh CErita yg besh2,.:))

BLOG YG ANDA TDAK SUKA,.:

ok,.pndapat sy la arr,.sy xsuka msuk blog yg lip lap lip lap,.hehhehe,..pnuh dgn kebudakn,.hehhe,.pndpt sy tau,..n lagi satu,.blog yg xbnyk cerita besh or xda mklumat,.yg menarik,.hmm,.tue je,..

IMPIAN TERHADAP BLOG ANDA ~

huhu,.impian klao ikut btul,.bnyak nie,..ble buat esei,.hehehe,..ok,.impian sng je,..nak dpt income dlm bdang siber ni,.hhehhe,.
besh ap dpt duit free hnya berbloggin,..n impian yg stu lg,.dpt knln blogger yg gempak,!!folowe rameii,.!!:))
mcm blog bro ben ni,..hhehehe,..

besh2!!!keep it up,..:))

rasanya cukup smpi di sni sja la,.kn,.
da ckup pa yg dperlukn ni,.:)

terima kasih daun keladi,.^^

ADDIIOSS^^


terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Monday, March 14, 2011

Tiada kemungkinan tragedi 'Chernobyl': Agensi Nuklear Jepun

TOKYO: Agensi Keselamatan Nuklear Jepun hari ini menjelaskan sememangnya tiada kemungkinan berulangnya tragedi Chernobyl dalam kejadian letupan di reaktor nombor satu loji nuklear Fukushima, kata Menteri Strategi Kebangsaannya, Koichiro Genba, hari ini. 

Beliau yang dipetik akhbar Jiji Press berkata demikian dalam reaksinya terhadap laporan Agensi Keselamatan Nuklear dan Keselamatan Industri pada mesyuarat Parti Demokratik Jepun, di sini.

terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

LadY Gaga jual gelang bantu mangsa di jepun.

WASHINGTON: Penyanyi pop tersohor dunia, Lady Gaga, dilapor melancarkan penjualan gelang yang tertera dengan tulisan 'Doa Untuk Jepun' dalam bahasa Inggeris dan Jepun, dalam usaha menyokong usaha membantu dan menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun.
Menerusi laman webnya penyanyi berkenaan merayu peminat membeli gelang terbabit dengan harga AS$5 (RM15.10) atau lebih dan turut menulis doa dalam laman webnya, Kami Berdoa Untuk Jepun.
Beliau berkata semua kutipan hasil jualan gelang itu akan dihantar segera bagi membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun. 



“Ini usaha saya membantu mereka yang memerlukan di Jepun, saya harap usaha murni ini mendapat sokongan peminat,” katanya. 

Penyanyi lagu Born This Way itu mengadakan empat konsert di Jepun April tahun lalu dalam siri penjelajahan konsert Monster Ball. 

Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter Jumaat lalu yang mencetuskan tsunami. Lebih 1,000 orang dilaporkan terbunuh, manakala 10,000 lagi masih hilang. 
Selain Ladu Gaga, bintang pop lain yang turut menyuarakan rasa simpati dan bersedih atas kejadian berkenaan ialah ikon R&B Alicia Keys. Beliau menulis dalam Twitternya beliau bangun dengan kesedihan mendalam walaupun beliau tidak tahu keadaan sebenar mangsa gempa di Jepun.

terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
IQBJ9_K6GQlR6nvC7HN3KsF4LJE