Followers

Friday, August 19, 2011

[ Artikel ] GEMPAR! 2 tarikh raya berbeza di Malaysia tahun 2011

Falak mengeluarkan satu laporan di mana Malaysia pada tahun ini iaitu tahun 2011 bersamaan dengan 1432H akan ada 2 tarikh Hari Raya (Syawal) yang berbeza bagi Semenanjung dan jugak bagi Sabah/Sarawak. 

Sekiranya maklumat falak yg dinyatakan dalam lampiran ini benar, insyaallah pihak berwajib seperti Jakim dan penyimpan mohor raja-raja akan umumkan dua tarikh hari raya yg berbeza untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak tahun ini.

Dari segi hukum dengan mengambil kira satu contoh; misalnya katakan seluruh Malaysia pada suatu tahun yang lain telah diumumkan Hari Raya setelah bulan tidak kelihatan maka mereka mencukupkan menjadi 30 puasa.

Andai kata salah seorang telah melihat anak bulan (1 syawal) di Sabah maka wajib baginya untuk meninggalkan puasanya dan menyambut hari raya.

Ini adalah dari segi hukumnya. Hal ini boleh terjadi dalam masyarakat yang primitif/kuno yang perkembangan ilmu pengetahuannya sangat terbatas, tetapi dalam hal perkembangan ilmu falak dewasa kini sukar terjadi kerana pihak berwajib selalu mengambil kira kedua2 kaedah (melihat anak bulan dan perkiraan falak) untuk menentukan tarikh puasa dan hari raya.

Pada tahun ini bersamaan 1432H Allah SWT jadikan fenomena tersebut berlaku di Malaysia sendiri. Berdasarkan pada kiraan astronomi, perjalanan Matahari dan Bulan, Hari Raya di Semenanjung Malaysia adalah tidak sama dengan Sabah/Sarawak.

Berdasarkan perkiraan, Semenanjung Malaysia akan menyambut hari raya pada 30 Ogos 2011(Selasa) .Manakala di Brunei, Sabah dan Sarawak, Filipina dan Sulawesi akan beraya pada 31 Ogos 2011 (Rabu) TERMASUK Pulau Tioman.

  • Ijtimak Matahari, Bulan dan Bumi berlaku pada jam 11.04 Pagi pada 29 Ogos 2011.
  • Maghrib di Alor Setar pada hari itu adalah 7.27 Petang.
  • Dari jam 11.04 AM hingga 7.27 PM, Masa yang diambil adalah 8 Jam 23 Minit.
  • Oleh itu, anak Bulan WUJUD di ufuk barat ketika Matahari Jatuh, Maka keesokan harinya adalah 1 Syawal bersamaan Selasa 30 Ogos 2011.
  • Ijtimak Matahari, Bulan dan Bumi berlaku pada jam 11.04 Pagi pada 29 Ogos 2011.
  • Maghrib di Kota Kinabalu pada 6.23 Petang.
  • Dari jam 11.04 AM hingga 6.23 PM, Masa yang diambil adalah 7 Jam 21 Minit.
  • Oleh itu, anak Bulan BELUM WUJUD di ufuk barat ketika Matahari Jatuh, Maka keesokan harinya adalah 30 RAMADAN bersamaan Selasa 30 Ogos 2011.
  • Oleh itu, 1 SYAWAL jatuh pada hari rabu 31 Ogos 2011.
sila like ,share,tweet..for all ur frens or families..:)

terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
IQBJ9_K6GQlR6nvC7HN3KsF4LJE