SINGAPURA - Seakan iri hati melihat skuad bola sepak kebangsaan mendapat dua perla- wanan persiapan hebat menentang Arsenal dan Liverpool, jurulatih Singapura, Radojko Avramovic menyatakan bahawa prestasi para pemainnya kini turut berada pada tahap terbaik.
Berbanding Malaysia yang tewas 0-4 dan 3-6 pada kedua- dua perlawanan itu, Singapura 'lebih garang' apabila menang ketiga-tiga perlawanan persiapan menentang Maldives (4-0), Etoile FC (2-1) dan Taiwan (3-2).
Menurut Avramovic, rekod lampau membabitkan pertemuan Singapura dan Malaysia sebelum ini tidak lagi penting kerana pertarungan merebut satu slot ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 itu lebih penting.
"Saya rasa tak adil untuk kita banding dengan skuad- skuad terdahulu kerana ini adalah satu perlawanan yang berbeza. Sedangkan seorang pemain pun mampu mengubah situasi.
"Kami kini sedang meningkatkan keupayaan pasukan dan sikap para pemain serta mentaliti mereka tampak semakin baik sepanjang beberapa aksi persahabatan sebelum ini.
"Pemain-pemain kami kebanyakannya sudah lama beraksi bersama. Cuma persiapan kali ini agak sedikit singkat.
"Tetapi sudah tentu pada akhir perlawanan, saya mahu melihat Singapura menjaringkan gol lebih banyak berbanding Malaysia," kata Avramovic pada sidang media pra perlawanan di Hotel Amara di sini semalam.
jom ramai2,..bukak tv mlm ne,..sokong harimau malaya :))
No comments:
Post a Comment