Followers

Monday, March 14, 2011

Pakar ramal loji undang bencana seperti Chernobyl

WASHINGTON: Pakar nuklear Amerika Syarikat memberi amaran tindakan mengepam air laut untuk menyejukkan reaktor nuklear Jepun yang rosak dilanda gempa bumi adalah satu 'tindakan terdesak' yang boleh membayangkan satu bencana seperti Chernobyl. 

Beberapa pakar dalam satu sidang media meramalkan tanpa mengira kesan krisis reaktor nombor 1 di loji nuklear Fukushima, 240 kilometer di utara Tokyo yang rosak, kemalangan terbabit sudah pun dengan serius menjejaskan kebangkitan industri jana kuasa nuklear.
“Situasi itu menjadi terlalu terdesak apabila mereka dilihat tidak mempunyai keupayaan untuk menggunakan air tawar atau air biasa untuk menyejukkan reaktor dan menstabilkannya dan kini dalam satu tindakan terdesak untuk menyelesaikannya menggunakan air laut,” kata Robert Alvarez, dari Institut Kajian Dasar.

“Saya menyifatkan langkah ini sebagai satu ‘Hail Mary’ (terdesak),” kata Alvarez menggunakan slanga bola sepak Amerika Syarikat dalam usaha terakhir untuk memenangi perlawanan ketika masa sudah berakhir. 

Gempa bumi magnitud 8.9 melanda Jepun Jumaat lalu menimbulkan kecemasan pada loji terbabit yang meletup kelmarin sehingga memaksa perpindahan di kawasan sekitar. 

Pekerja cuba menggunakan air laut untuk menyejukkan reaktor dalam usaha untuk menghalang bencana radioaktif selepas gempa merosakkan sistem penyejukan loji terbabit. 

Apa yang berlaku di loji itu ialah keseluruhan sistem penyejukan terhenti ditambahkan dengan kegagalan kuasa di mana dalam kes ini membabitkan generator diesel. 
“Kegagalan sistem berkenaan adalah sesuatu yang tidak dijangka berlaku tetapi tetap dibimbangi sejak berdekad lalu,” kata Ken Bergeron, seorang ahli fizik yang terbabit dalam simulasi kemalangan reaktor nuklear. 

Reaktor terbabit sudah ditutup tetapi kebimbangan tetap wujud batang bahan bakarnya akan panas dan mencair seterusnya menyebabkan kebocoran radioaktif di udara yang mungkin merebak ke kawasan lebih besar. 

Jika ia mencair melalui reaktor, Bergeron memberi amaran ia boleh mengalir ke lantai bangunan yang tercemar itu. Jika ia berlaku strukturnya mungkin akan terjejas, kata pakar. 

“Pencemaran bangunan di loji ini adalah lebih kuat berbanding di Chernobyl tetapi lebih kurang berbanding di Three Mile Island, jadi hanya masa akan 
menentukan,” katanya,.

PICTURES OF THE CHERNOBYL DISASTER :~







terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Loji Nuklear Ketiga Fukushima Meletup.

TOKYO: Satu letupan kuat merosakkan loji nuklear ketiga Fukushima, dengan asap tebal dan api menjulang di reaktor berkenaan, sebentar tadi. 

Jurucakap Ketua Kabinet Jepun, Yukio Edano, berkata maklumat yang diperoleh dari pegendali reaktor, TEPCO menyebut ia bagaimanapun tidak membawa kesan kebocoran radiasi yang besar.
Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata, letupan itu di reaktor ketiga di Loji Nuklear 1 Fukushima dipercayai disebabkan tekanan hidrogen.






Letupan hidrogen juga berlaku di reaktor nombor satu di loji sama Sabtu lalu, sehari selepas berlaku gempa kuat dan tsunami di perairan timur laut negara itu. 

Pihak berkuasa sehingga kini sudah mengisytiharkan zon pemindahan di kawasan lingkungan 20 kilometer dari loji berkenaan dengan 210,000 orang sudah dikeluarkan.

terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

LEE CHONG WEI RETAINS THE ALL ENGLAND TITLE,..:)

AS-SALAM READERS,.
heheh,..brkaitan ngan post sy yg kat bwah nie,..adkah datuk LCW dpt perthankan kejuaraan yg dimenaginya pada tahun lalu,..

so,.smlm telah terjawab pun persoalan tersebut,..
datuk LCW telah berjaya menundukkan musuh tradisi beliau iaitu jaguh dr negara China LIN DAN!!
dengan hanya straight set pulak tue,..huhu.,..21-17,21-17,..tahniah sekali lagi buat datuk LCW,.:))
sy bangga sgt2 dgn semangat yg ditunjukkan oleh beliau,..^^


walaubagaimanapun,..beregu emas negara hanya berjaya menduduki tempat kedua dlm aksi semalam apabila kalah di tangan beregu dr denmark yg juga merupakan pilihan pertama dunia,.

namun,.diharapkan datuk LEE CHONG WEI akan mndapatkan pingat emas pertama utk negara dalam sukan olimpik pada tahun 2012 nnt,,

majulah sukan untuk negara,..:))
terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Sunday, March 13, 2011

dapat kah CHONG WEI pertahankan gelaran juara ALL ENGLAND pada tahun nie.?



helo to all readers,.so long no update oo,.too many works,mybe,.huh?!
ahahha,..
its been a long  day,.raining at my hometown,.huhu,.so cold evryday,.

skg nak post entry pasal badminton la plak,.hhuhu,.
kejuaraan all england yg kini sdg brlngsung scara LIVE dr BIRMIGHAM,ENGLAND,..:))
sperti biasa jaguh single dr negara kita,LEE CHONG WEI,..dan beregu emas negara,.KOO KIN KIAT & TAN BOON HIONG,.akn mara ke pusingan akhir pada hari nie,..disiarkan pada jam 10 mlm waktu malaysia,..di saluran 811,..^^
tgok jgn xtgok,..

sgt2 la hebat,..chong wei akn bertemu dgn pemain num 3 dunia,..LIN DAN..mnkala beregu malysia akn bertemu jguh bregu dari denmark,yg juga merupakan beregu num 1 dunia..:))
hope soo..jguh2 dr ngara kita akn memenangi ALL ENGLAND pada 2011 ini,.

Chong Wei juga yg khbar anginya telah "di-sabotaj",.apabila pgurus kejuaraan telah mngubah jadual yg spatutnya beliau bermain pada akhir prlawanan pd hari tersebut,.namun,.jadualnya diubah pada awal perlawanan bertemu dgn pemain dr thailand,BOONSAK POSANA,..
dgn persiapan mental & fizikal yg sntiasa bersedia..chong telah mnang dgn hnya straight set!!
beliau terus mninggalkan gelanggang tnpa menghiraukn para pemberita,..
thats all,.
saksikan malm nie,..final,.:))

addiiooss!!
terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Friday, March 11, 2011

#DiGiSuperReload kini kembali dengan promosi terhebat! Isi semula dengan pelan-pelan DiGi Prepaid dan nikmati ganjaran-gajaran hebat dengan percuma. Cuba hari ini.

#DiGiSuperReload kini kembali dengan promosi terhebat! Isi semula dengan pelan-pelan DiGi Prepaid dan nikmati ganjaran-gajaran hebat dengan percuma. Cuba hari ini.
terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

gempa 8.9 rithcer cetus TSUNAMI di jepun


Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter.

Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan
125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira
 380 kilometer ke timur laut Tokyo.

Bandar Onahama di utara Jepun kemudian
 turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.

Stesen Televisyen Tempatan, N-H-K berjaya
merakamkan ombak tsunami menghanyutkan kereta,
 trak, rumah dan bangunan di bandar berkenaan.

Ekoran bencana itu, Kementerian Pertahanan
 Jepun mengerahkan lapan pesawat tentera ke
 kawasan terjejas dengan bencana itu.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik  mengeluarkan
 amaran tsunami di Jepun, Russia, Kepulauan Markus
dan Utara Mariana.

Sejurus selepas gegaran dikesan, penduduk
di kawasan pesisir pantai Jepun telah diarah
 menyelamat diri ke kawasan selamat.

Agensi meteorologi memberi amaran
  malapetaka tsunami di pesisir pantai pasifik Jepun.

Amaran yang sama turut dikeluarkan pusat
amaran tsunami di Hawaii.

Dengan gempa sekuat 8. 9 skala Richter,
 ia dijangka akan melanda kebanyakan
 negara kepulauan di Lautan Pasifik.

Ia termasuk Guam, Taiwan, Filipina dan
 dan tidak terkecuali Hawaii.

JUZ PRAY TO GOD,..AMIN~

terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

TARIKH AMBEK RESULT SPM 2010,.

AS-SALAM TO ALL,..:)

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2010) akan diumumkan pada hari Rabu 23 Mac 2011 ini.
Maklumat ini disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud apabila dihubungi oleh akhbar News Straits Times semalam.
Peperiksaan bertulis SPM 2010 telah dijalankan dari 23 November hingga 20 Disember 2010 yang lalu. Seramai 467,970 orang calon akan menduduki SPM pada tahun lepas di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah seramai 410,083 orang, calon MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera seramai 7,216 orang, calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 8,127 orang, calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 11,248 orang dan calon Persendirian Perseorangan seramai 31,296 orang.

terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
IQBJ9_K6GQlR6nvC7HN3KsF4LJE