Followers

Friday, March 11, 2011

gempa 8.9 rithcer cetus TSUNAMI di jepun


Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter.

Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan
125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira
 380 kilometer ke timur laut Tokyo.

Bandar Onahama di utara Jepun kemudian
 turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.

Stesen Televisyen Tempatan, N-H-K berjaya
merakamkan ombak tsunami menghanyutkan kereta,
 trak, rumah dan bangunan di bandar berkenaan.

Ekoran bencana itu, Kementerian Pertahanan
 Jepun mengerahkan lapan pesawat tentera ke
 kawasan terjejas dengan bencana itu.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik  mengeluarkan
 amaran tsunami di Jepun, Russia, Kepulauan Markus
dan Utara Mariana.

Sejurus selepas gegaran dikesan, penduduk
di kawasan pesisir pantai Jepun telah diarah
 menyelamat diri ke kawasan selamat.

Agensi meteorologi memberi amaran
  malapetaka tsunami di pesisir pantai pasifik Jepun.

Amaran yang sama turut dikeluarkan pusat
amaran tsunami di Hawaii.

Dengan gempa sekuat 8. 9 skala Richter,
 ia dijangka akan melanda kebanyakan
 negara kepulauan di Lautan Pasifik.

Ia termasuk Guam, Taiwan, Filipina dan
 dan tidak terkecuali Hawaii.

JUZ PRAY TO GOD,..AMIN~

terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

2 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

kesian tengok mangsa2. rasa nak nangis pun ada. hilang lenyap segala yg mereka ada.

ROSSA said...

mmg kcian..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
IQBJ9_K6GQlR6nvC7HN3KsF4LJE