Followers

Thursday, March 17, 2011

Ashley mahu isteri kembali,.~

asley cole dan cheryl

LONDON: Pemain bola sepak Chelsea, Ashley Cole dilapor membelanjakan berjuta-juta pound sterling untuk membeli sebuah rumah di Dubai untuk dihadiahkan kepada bekas isterinya, Cheryl (gambar kecil) dalam usaha memenangi semula hati wanita itu agar bersedia rujuk semula kepadanya.
Ashley bergelar duda tahun lalu apabila Cheryl yang terkenal dengan lagu bersama kumpulan Girls Aloud menceraikannya selepas mendapat tahu pemain bintang bola sepak itu berlaku curang.
Bagaimanapun, akhbar The Sun melaporkan, Cole memberitahu rakannya dia yakin mereka akan rujuk semula dan berharap memenangi hati Cheryl dengan memberi hadiah sebuah rumah mewah berharga berjuta-juta pound sterling yang dibelinya di Dubai.

“Cheryl sukakan Dubai dan saya membuat pelaburan besar untuk memenangi semula hatinya. Kami sebenarnya masih menyintai satu sama lain dan kami akan bersatu kembali,” katanya yang dipetik akhbar itu.

Cole berkata, dia juga membeli sebuah rumah baru di Ascot Berks dan sudah bertemu Cheryl beberapa kali sejak kebelakangan ini.

Rakan rapatnya berkata, Ashley benar-benar yakin, perceraiannya dengan Cheryl hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali bersama. 
Ashley juga yakin apabila dia bersara dari bola sepak dia akan dapat menjalani hidup bersama dengan Cheryl semula.

“Satu-satunya punca mereka perpisahan mereka ialah hakikat bahawa Cheryl tidak boleh berdiam diri selepas mendapat tahu kecurangan Ashley. Dia perlu lakukan sesuatu dan tindakan paling wajar ketika itu ialah dengan menceraikan suaminya,” kata seorang rakan. 

Sementara itu, Cheryl pula dilaporkan tertekan kerana ketika ini kedudukannya sebagai juri rancangan US, X-Factor masih tidak dapat dipastikan.

Laman web selebriti, Entertainment.STV melaporkan, Cheryl berkurung di bilik hotelnya dan menghabiskan masa dengan memakan makanan rapu bagi mengatasi kesunyiannya.

Sumber melaporkan, Cheryl yang kini berada di Los Angeles rindukan merindui keluarganya dan sering menelefon mereka.


terima kasih daun kelady . dah bca , silalah komen ^^V

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
IQBJ9_K6GQlR6nvC7HN3KsF4LJE