"Mak ayah, adik berangkat dulu ar.Harap bila adik pergi sambung belajar ni, beban mak ayah kurang la sikit sebab adik guna duit biasiswa. Nanti dah sampai U, adik call ".
Okay, situasi ni macam lumrah budak U la kan. Mesti kita rasa lega  sebab tak menyusahkan makayah kita. Bagus kan. Seolah-olah bila kita  masuk U ni, kita bebas dari tanggungjawab. Mana tak nya, kita tak perlu  nak fikir soal duit makayah sebab pelajaran kita ditanggung oleh PTPTN,  MARA, JPA (bagi kes ni je) dan beberapa sumber yang boleh dipercayai.  Lepas tu kalau dulu dekat rumah selalu sakitkan hati makayah, tapi bila  masuk U, kita rasa kita dah tak perlu sakitkan hati makayah dah. Rasa  macam baik sangat-sangat. Tanggungjawab kepada family terasa kurang  sebab alasan kita, kita jauh dari family or duduk hostel. Terasa ringan  beban dekat bahu ni kan?
Tetapi....
Sebenarnya, kita silap. Pernah tak korang terfikir bila korang lafazkan ayat tu ada maksud disebaliknya.  Makin jauh dengan family dan makayah sebenarnya bermakna beban anda  makin bertambah dan tanggungjawab tu berat sebab banyak perkara kita  terlepas pandang selama ni. Bukan takat beban kepada makayah dan family  tu sahaja, tapi beban kepada diri sendiri juga. Nak aku senaraikan ke beban yang sebenarnya korang pikul bila masuk U ni or berjauhan dari makayah?
Senarai Beban yg Dipikul.
Diri sendiri :
1.  Bangun subuh hari-hari biasanya mak korang yang kejut, tapi bila masuk U  kena kejut diri sendiri. Kalau yang ni fail, bersubuh gajah la korang.
2.  Kalau dekat rumah makayah boleh berleter nasihat korang kalau korang  buat benda tak betul or malas. Tapi dekat U takde siapa yang nak nasihat  korang melainkan kawan yang betul-betul sayangkan korang.
3.  Kalau dulu dekat rumah segala keputusan korang dipengaruhi oleh  pandangan dari family, tapi dekat U korang kena pandai berfikir sendiri  tanpa bantuan orang lain.
4. Kalau dulu korang  rasa belajar just nak score exam, tapi sekarang korang harus berfikir  yang korang akan menghadapi masyarakat dengan ilmu yang korang belajar. 
5.  Dulu korang rasa "masa" itu macam taktau nak dihabiskan dengan betul,  tapi sekarang korang harus gunakan "masa" sebaiknya demi kejayaan masa  depan.
Ibu bapa & Keluarga :
1. Bagaimana korang menjaga hubungan dengan ibubapa khususnya? Selalu call ke tidak? Ke jarang-jarang? Ke sekali setahun?
2. Kerap mana korang mendoakan kesejahteraan ibubapa bila berjauhan? Ke lupa nak doa langsung?
3. Yakin ke korang boleh menghadiahkan kejayaan untuk ibubapa?
4. Dah bersediakah korang nak membalas jasa ibubapa bila tamat belajar nanti?
5. Sejauh mana ilmu yang korang ada tu boleh dikongsikan untuk keluarga, dan orang lain umumnya?
Pokoknya,  bukan soal beban duit yang harus kita pandang, tapi beban-beban lain  yang rasanya amatlah berat. Segala persoalan tu aku cuba fikirkan dan  tanya dekat diri aku. Adakah aku sudah bersedia nak pikul beban tu  semua? Korang pulak macam mana? So, setiap individu tu ada tanggungjawab  yang berat. Totally berat kalau korang fikirkan bersama. Moga  sama-samalah kita beringat kot-kot ada yang terlupa.
sekian~ ^^v
p/s : idea ini diperoleh dari seorang pelajar JORDAN :)







2 comments:
hmm, good reminder, thanks
ur welcome..:)
Post a Comment